Kita Ditipu Hidup Hidup Oleh TABUNG HAJI!!

LAGI PENJELASAN TERKINI TABUNG HAJI MENGENAI PELABURAN DALAM TRX


1. Tanah dibeli pada harga RM188 juta. Kos pembangunan TH untuk bina SERVICE apartmen nanti ialah RM462 juta. So, total kos kepada TH ialah RM650 juta.



2. Gross development value yang diunjurkan oleh TH ialah RM828juta. Projek siap dalam tiga tahun. Dengan mengambil kita kos RM650juta (tanah+pembangunan), pulangan kepada TH ialah 21.5% Atau 7.16% setahun.

3.  Memang betul TH bayar up front 100%. Selalunya pembeli bayar 10% dulu dan selepas semua urusan pembelian dan urusan pindah milik selesai 90% akan dibayar. Tetapi dalam kes ini TH bayar 100%.

4.  TH berpendapat tanah itu begitu strategik dan harga RM188 juta itu adalah diskaun lebih kurang 20%. Dan TH tidak mahu tanah itu dibeli oleh pihak lain. Walau bagaimanapun TH desak 1MDB untuk bagi cagaran dan Security untuk pembayaran penuh RM188 juta itu kerana jika urusan pindah milik tidak berlaku, TH akan kerugian. 1MDB telah "mencagarkan" kepada TH sebidang tanah dalam TRX yang telah ada geran dan bernilai 1.7 kali lebih dari tanah yang dibeli oleh TH itu (nilai tanah cagaran itu ialah sekitar RM300juta ++).
Tanah cagaran itu telah pun di caveatkan di pejabat tanah oleh TH. TH mempunyai "First Right OF refusal" terhadap tanah cagaran itu. Maknanya tanah cagaran itu akan jadi milik TH jika tanah yang dibeli itu tidak menjadi.
Tanah cagaran itu terletak dalam TRX juga.

5.  TH ada dana pendeposit sebanyak RM56bilion. Tahun lepas dividen yang diberi ialah 25%. Nilai dividen tahun lepas yang diberi kepada pendeposit ialah RM3.25billion.

6.  Dividen sejak 2009 ialah seperti berikut. 2009 (dividen 5%, nilai RM1.1b), 2010 (5.5%, RM1.3b), 2011 (6%, RM1.7b), 2012 (8%,RM2.5b), 2013 (8%, RM2.6b), 2014 (8.25%, RM3.25b)

7.Maknanya Kalau angka untuk tahun 2014 dikekalkan tahun ini, TH kena cari keuntungan sekurang kurangnya RM3.5 bil setahun iaitu RM3.25b untuk dividen dan RM150juta untuk subsidikan kos naik haji. Ini tak masuk kos operasi TH.

8. Berikut adalah pecahan kemana dana TH digunakan. 50% dalam ekuiti, 20% fixed Income, 20% dalam Property dan 10% dalam bentuk cash Or cash equivalent.

0 Response to "Kita Ditipu Hidup Hidup Oleh TABUNG HAJI!!"

Post a Comment