Ayda Jebat Mahu Meluaskan Empirenya Di Indonesia




Berbekalkan dua buah single, pelakon Ayda Jebat menyimpan hasrat untuk meluaskan karier nyanyiannya di negara jiran iaitu Indonesia.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 23, berkata, atas dasar itu juga dia turut menyelitkan genre dangdut menerusi lagu terbaharunya Pencuri Hati untuk menarik perhatian peminat di negara tersebut.
"Sebenarnya versi pertama lagu berkenaan memang sarat dengan elemen dangdut tetapi ia dikurangkan agar tidak terlalu berat dan sesuai dengan muzik terkini.
"Jika ada rezeki saya juga ingin berkolaborasi dengan komposer di sana,"
Pencuri Hati ciptaan Kevin Chin dan liriknya ditulis oleh Ayda sendiri adalah single keduanya selepas berjaya dengan lagu Siapa Diriku tahun lalu.
Ayda Jebat sebaliknya berkata, pemilihan lagu berkenaan kerana dirinya sebagai penyanyi tetapi ia adalah karya berkualiti selain menepati tema dan konsep drama bersiri arahan Michael Ang itu.
"Pencuri Hati tiada perancangan untuk dijadikan sebagai lagu tema drama tetapi apabila Michael menghubungi minta lagu untuk drama arahannya saya anggap ia sebagai satu penghargaan.
"Bagaimanapun Michael tidak segera bersetuju kerana dia perlu membuat penilaian sama ada ia sesuai dengan drama berkenaan.
Sementara itu, Ayda berkata, dia tidak kisah sekiranya dia lebih dikenali sebagai penyanyi lagu runut bunyi drama kerana ia bukan suatu perkara negatif.
Ayda berkata, ia sebenarnya adalah medium terbaik dalam mempromosikan lagu kepada pendengar dengan lebih meluas.
"Alhamdulillah setakat ini saya mendapat maklum balas positif berhubung lagu tersebut," katanya.

0 Response to "Ayda Jebat Mahu Meluaskan Empirenya Di Indonesia"

Post a Comment