Menurut Kajian, Wanita Sangat Bijak Sembunyi Kecurangan

Curang atau bermain kayu tiga selalunya dikaitkan dengan lelaki kerana sudah lumrah lelaki sentiasa dipersalahkan dan dikatakan punca utama berlakunya kecurangan.

Tapi itu dulu, tinjauan sebuah laporan media asing baru-baru ini pula amat mengejutkan ramai apabila hasil keputusan tinjauan menunjukkan wanita lebih cenderung berlaku curang berbanding lelaki.

Menurut Kajian, Wanita Sangat Bijak Sembunyi Kecurangan

Hampir 100 peratus wanita yang curang mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing. Agensi mengatur temu janji internet, UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3,000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.

Kajian Buktikan Wanita Sangat Cemerlang Sembunyi Kecurangan

Sebanyak 89 peratus peserta tinjauan itu yang curang mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing. Jurucakap agensi itu, Emily Pope, menyatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki. Beliau juga berkata, kebanyakan ahli laman sosial ini berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap.

Kajian Buktikan Wanita Sangat Cemerlang Sembunyi Kecurangan

Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang. Jelas beliau, wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat penilaian dan keputusan secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif. Perbezaan paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka.

Betul ke tidak wahai sista sekalian, jika betul mesti anda yang pernah atau sedang curang pasti tersenyum membaca artikel ini.

0 Response to "Menurut Kajian, Wanita Sangat Bijak Sembunyi Kecurangan"

Post a Comment